Menyelami Maksud Bahasa Jiwa Bangsa

Asas
keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang
dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat
melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak
turun-temurun terutamanya aspek bahasa.
Maka tidak hairanlah kita lihat
pada hari ini, banyak negara maju kekal menggunakan bahasa
masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat negara
Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain
lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat
yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia.
Budi
bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri
pentingnya kita sebagai penutur bahasa Melayu tanpa mengambil kira
latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat
yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita
tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang
kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat
martabat masyarakat di negara kita sebagai masyarakat yang peramah,
bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa.
Kita
dikagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada
perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan
lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu
tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat
Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi
jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa,
ramah dan melayan tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan
yang berbunyi :
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Demikianlah
indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya
nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada
aspek pertuturan. Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri
pentingnya kita berswadaya mengekalkan kesantunan dalam berbahasa.
Antara lainnya berbunyi:
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.
Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee iaitu:
Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.
Oleh
itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan
masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda
kelas pertama.
Terima kasih kepada Cikgu Taufiq.
No comments:
Post a Comment